Sarawak merekodkan 44 kes COVID-19 melibatkan varian Omicron, dedah Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) UNIMAS.<br /><br />Pengarah IHCM UNIMAS, Profesor Dr David Perera berkata, hasil penjujukan genom, terdapat penambahan 36 kes pada Januari 2022 berbanding lapan kes dikesan pada Disember tahun lalu.
